about me

Friday 9 March 2012

Sedekah itu bagus, tapi....


Assalam. Semoga kalian sihat dan kaya selalu hendaknya. Kali ini saya cuba untuk berkongsi informasi tentang sedekah yang saya rasa perlunya kepada pengertian yang mendalam sedikit dan jikalau boleh anda suarakan pendapat anda tentang keadaan yang akan tulis sebentar lagi.
Saya sebenarnya jenis yang suka melihat dan memerhati perangai manusia dan cuba tuk tahu apa kebaikan/keburukan setiap kejadian yang berlaku. Itu memang habit saya dari dulu lagi. Dan kali ini perhatian saya pada seorang akak yang pakai baju kurung, agak kurus, mempunyai mata yang tegas dan bertudung separuh. Siapa kah akak ni sebenarnya? Jeng jeng jeng..Yang penting, dia bukan awek saya.hehe


#kisah seorang akak
Selalu saya perhatikan, setiap rabu dan ahad, akak ni akan datang ke pasar malam dan meminta sedekah atau derma ikhlas (bagi akak tu). Caranya dengan menghulur sekeping kertas doa-doa harian yang diphotostate banyak kali dan disebarkan kepada orang ramai. Orang yang terima pon kadang-kadang ada yang memberi dan ada juga yang menolak. Selalunya yang memberi duit tu ialah orang yang 1st time dapat kertas tu, dan yang menolak tu adalah orang yang da dapat pada minggu-minggu sebelumnya. Dan of course, kalau mereka menolak pon, mereka menolak dengan cara yang baik.

Yang paling baru saya dengar ada orang lain juga berkata  “tiap-tiap minggu mintak” dengan nada merungut.(hmmmm...bak kata Malique 'kita kongsi warna mata ,tapi tidak warta hati'.).Dan sebenarnya, dia bukanlah wakil dari mana-mana pihak, kerna tidak pernah sekali pun dia keluarkan kertas yang mempunyai kebenaran bertulis untuk memohon derma dari orang ramai. Jadi, kita boleh kata yg sumbangan tersebut adalah untuk diri nya sendiri.
Kadang kala ada juga sifat kagum dalam diri saya dengan akak ni sebab dia sangat bersungguh-sungguh memberi kertas tu kepada orang ramai. Tidak pernah saya nampak dia duduk, rehat, minum , apatah lagi makan. Mungkin dia orang yang susah, dan cara ini sahaja yang dia dapat fikirkan. Tapi bagi seorang yang mempunyai fizikal yang lekap semua anggota tangan dan kaki, adakah memohon derma itu adalah jalan terbaik? Apakah pendapat anda tentang hal ini?




#Astro OASIS channel 106

Jangan pelik ye , bile sub-head ni bertulis pasal astro. Maksud sebenar saya disini ialah saya pernah tonton satu cerita di OASIS dan tajuk cerita tu ada kaitan dengan sedekah juga. Cerita tu bertajuk “Pintu Taubat”. Ia tentang sekumpulan sendikit (haha..ni betul ke eja nya?) yang ala ustaz tapi memperdagangkan budak-budak dan menyuruh mereka untuk meminta sedekah. Budak-budak tu kena mintak sedekah dan kalau tak dapat minimum derma (example, at least RM50) , mereka akan dikurung dan tak diberi makan malam.

Tapi bukan cerita itu yang saya nak highlight kan, tapi sebenarnya dalam cerita tu juga, ia ada menyatakan tentang hukum sedekah ini. “memang benar islam menyuruh orang ramai untuk memberi sedekah kerana ia digalakkan dalam islam. Tapi islam tak mengajar pengikut nya untuk meminta sedekah”. Lebih kurang camtu la apa yang dikata nya. Berbalik kepada cerita akak tadi, betul jika anda kata sedekah itu bagus, tapi betulkan cara akak tersebut? hmmm
ada satu cerita berkaitan dengan keadaan ini :-
Ada satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. dari hadis Rasulullah SAW… Ada seorang lelaki yang berkeinginan untuk bersedekah. Maka pada satu malam dia keluar untuk memberi sedekahnya. Dia berikan kepada seorang perempuan. Esoknya orang ramai memperkatakan tentang seorang penzina yang telah diberi sedekah. Lalu dia berdoa “Ya Allah, aku telah bersedekah, tp sedekahku sampai ke tangan penzina. Aku akan beri sedekah lagi”.
Malam berikutnya beliau keluar lagi untuk bersedekah dan diberi kepada seorang lelaki. Esoknya kecoh yang seorang kaya telah diberi sedekah. Beliau berdoa lagi “Ya Allah, aku telah bersedekah, tp sedekahku sampai ke tangan orang kaya. Aku akan beri sedekah lagi”.

Dia keluar lagi dan memberi sedekahnya kepada seorang lelaki. Esoknya heboh pula tentang seorang pencuri yang mendapat sedekah. Agak kecewa, lelaki ini berdoa lagi “Ya Allah, sesungguhnya aku dah mengeluarkan sedekah, tapi sedekahku sampai ke tangan penzina, orang kaya dan pencuri..”. Kemudian beliau didatangi seseorang yang memberitahu “Sesungguhnya sedekahmu telah diterima. Mungkin perempuan zina itu berhenti dari berzina kerana sedekahmu. Orang kaya itu pula mungkin dapat mengambil pengajaran dan mahu bersedekah dengan harta yang telah dianugerahkan oleh Allah untuknya dan mungkin juga pencuri itu akan berhenti dari mencuri kerana sedekahmu itu“.
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima

 #Sedekah je la

 Part yang paling penting disini ketika bersedekah ialah niat yang betul dan ikhlas. Pernah suatu ketika dulu, ada ustazah pernah tegur.  Time tu, ada la seorang manusia ni sudah dua kali mintak derma dan orang tu lagi sekali mintak derma time ustazah tu mengajar (di lain tempat). Apa yang ustazah tu pesan, “kalau hendak derma, yang penting niat. Tak kisah la bape RM kita kasi”. Lebih kurang camtu la katanya.Walaupun time tu masih ragu-ragu dengan orang tu, adakah dia betul-betul dari badan kebajikan dan sebagainya. 

Ada juga hadis nabi berkaitan niat yang betul.  Ia bermaksud ‘ sesungguhnya suatu perbuatan itu dimulakan dengan niat”. Jikalau niat betul, betul lah perbuatan tu and vice versa. Untuk ini, ada hadis yang menceritakan seorang manusia yang pada masa tu berhijrah bersama-sama nabi ke Madinah, dan ketika tu juga ada seorang manusia yang ikuti Nabi tetapi bukan kerana untuk berhijrah kerana Allah, akan tetapi untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang berada di Madinah. Dan atas lantaran itu, hijrah dia dinamakan hijrah si fulan (nama perempuan yang dikahwini) dan tak dapat pon pahala dari Allah. Maksudnya disini, jikalau dia buat sesuatu kerana perempuan, maka dia akan dapat perempuan tersebut dan jika dia buat untuk tuhannya, maka dia dapat rahmat dari tuhannya. Insyallah.

senyum tu sedekah juga
Tapi perlu diingat juga, niat yang baik tak menghalal kan cara nya. Contoh, Jikalau niat kita baik nak tolong keluarga, tapi tu tak menghalalkan caranya orang tersebut tuk bekerja di kilang arak, jual dadah dan sebagainya.

Itu saja perkongsian kali ini. Saya harapa kalau anda pendapat sendiri, sila-sila la tinggalkan komen la ye. Salah betul takpe, yang penting ilmu disebar-sebar kan. Mungkin saya dapat sesuatu yang baru  dan mungkin anda juga.

Semoga anda makin sihat dan kaya.=)


Firman Allah “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah Maha Luas Kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui” (2:261)

3 comments:

shiqin ghazali said...

ejaan nyer = *sindiket...
hee..
tengs for the gud info~
saya nak minta derma jg..
tlg click iklan kt blog sy yer...
macehh~

kudou said...

haha..malu nye malu nye...
jap, nk letak iklan nuffnang dl baru tekan,,=P

cik husna said...

lama aihh menyepi...
bussinessman..bz la tu..
hehehe..
saya hanya mampu sedekah senyuman jer..tehehee :)