about me

Thursday, 1 March 2012

[Alert]Handphone boleh menyebabkan anda menjadi miskin


“Handphone merupakan salah satu sebab anda boleh menjadi miskin”. Itulah yang dikatakan kepada saya apabila saya menghadiri satu seminar mengenai aura dan diri kita. Terkejut juga kerana ia berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Seminar ini membuka mata saya tentang perlunya menjaga aura dan pencegahan yang boleh dilakukan untuk maintain kan aura. Sebelum saya menulis lebih tentang aura, saya mahu bertanya kepada anda:

Tahukah anda yang anda mempunyai aura tersendiri dimana aura tersebut boleh membesar ataupun mengurang?apakah warna aura anda?
Adakah anda tahu yang setiap benda lain di dunia ini juga mempunyai  aura yang tersendiri sehingga ia disalah tafsirkan ?

Jika jawapan anda tak bape nak confirm tu, anda patut baca artikel ini. Apa yang saya ingin kongsikan kali
ini adalah mengenai aura dan diri kita. Akan tetapi, informasi ini mungkin secara general dan tak lah terperinci. Boleh dikatakan, ia merupakan copyright penganjur seminar tersebut dan asset mereka dan saya akan kongsikan apa yang saya rasa saya boleh kongsikan kepada anda.
Aura goku memang tak boleh
challenge. hehe
 
#Manusia mempunyai aura?
Setiap benda  dan kehidupan yang ada didunia ini mempunyai aura mereka yang sendiri. Ada yang besar dan ada yang kecil. Ada yang cerah dan ada yang gelap. Manusia mula mempunyai aura ketika bayi lagi,disaat punggung anda ditepuk ketika lahir.(pasal ini, saya ragu-ragu. Saya tak dapat informasi untuk sahih kan info ini).Aura kita terdiri daripada 7 warna iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru laut, biru pekat dan warna ungu.

Setiap warna tersebut mempunyai maksud nya tersendiri dimana dengan mengetahui aura ini, anda boleh muhasabah diri anda dimana tahap kesihatan anda dan kebolehan anda. Anda juga boleh tahu apa yang patut anda baiki dan apa yang boleh dimaintain kan. Sebagai contoh, aura saya berwarna orange-yellow; ia membawa maksud saya adalah seorang yang adventurous, analytical, scientific dan self-confidence. Pada yang sama, aura saya menunjukkan saya kekurangan aura komunikasi dan mempunyai tahap keimunan yang rendah. Itu contoh kelebihan dan kekurangan pada diri saya.

Setiap warna tersebut juga berkait rapat dengan bahagian tubuh anda. Sebagai contoh, bahagian kepala dikatakan berkait dengan warna biru. Jadi, apabila seseorang itu mengalami masalah seperti beguk, ia bukanlah Nila yang dapat menyembuhkan beguk tersebut, tetapi warna biru yang sembuhkan. (asbab musabab). Awesome right? Differentiation between what is fact and what is opinion. Ini yang diberitahu oleh mereka.


#Jadi, apa kaitan aura dengan handphone dan tentang miskin lak?macam lari tajuk je ni.
Seperti yang saya katakan tadi, setiap manusia mempunyai aura mereka berlainan. Tetapi ia tak bermaksud aura anda kekal sebegitu dari awal anda lahir sampai anda tua. Ia boleh berubah mengikut keadaan dan cara kehidupan anda.

Kehidupan dimana anda active diluar rumah dan sentiasa bermain dengan gajet seperti laptop or handphone boleh merosakkan aura anda. Ini adalah kerana sinaran UV dan gelombang tersebut boleh menyebabkan aura anda BOCOR dan ini boleh memberi kesan kepada diri anda. Salah satu warna aura anda boleh menunjukkan tahap duit lekat kepada anda.(bagi saya, ia menunjukkan tahap rezeki anda). Jadi , apabila anda terlalu kerap dengan gelombang tersebut, ia juga bermaksud duit senang masuk dan juga senang untuk keluar.(macam aura saya yang sekarang ni.banyak sangat main game.amikkkk...huhu)



Gelombang bukan suatu yang anda nampak.
tapi kesannya dapat dirasa.
#Please alert about this
Sila jauhkan diri anda dari keadaan berada dalam bilik yang kecil dimana ada TV or laptop selalu didalam dan di “on”. Ia akan menyebabkan aura anda affected dengan lebih cepat dan kebocoran aura akan berlaku. -Pesan orang yang memberi taklimat tu


#So, camne lau nak repair dan menaikkan balik aura kita ni?ce citer...ce citer...

Ada banyak untuk rosakkan aura kita, begitu juga ada banyak cara untuk menaikkan aura kita. Apa yang kita boleh buat ialah kita banyakkan buat muhasabah diri or qiamullail di tengah malam. Somehow, ia boleh membantu menaikkan aura kita (part ni mereka tidak cerita secara detail sangat).

Cara lain ialah dengan bermandi dengan air garam. Perlu diingatkan , ia bukanlah garam biasa. Kang habis garam kat dapur korang habiskan buat mandian. Garam yang sesuai ialah garam daripada pergunungan Himalaya dimana ia mampu meneutralkan balik gelombang yang terpancar kt kita. Di Malaysia mungkin hanya beberapa company yang ada import garam ini. Ada juga barang2 lain yang mampu meneutralkan balik seperti lampu yg ada batu berwarna tu (tak tahu lah nama panggilan nya).That’s what being claimed by them. How its work? batu tersebut mempunyai cas yang dapat neutral kan cas dari gelombang tersebut. Tu sahaja yang saya tahu.

#Aura yang disalah tafsir
Selepas saya menghadiri seminar ini, barulah saya tahu sebab kenapa ada segelintir masyarakat yang percaya kepada sesuatu benda yang dipercayai mempunyai keramat dan sebagainya. Sebagai contoh, cincin pusaka yang dikatakan boleh menarik duit atau mempunyai kuasa tersendiri. Ia bukanlah bende tu mempunyai kuasa, akan tetapi ia mempunyai aura yang tersendiri. Tapi tidak semua benda ada aura dan kadang-kadang, ia bersifat neutral. Jadi, jikalau anda memakai cincin dan ia bersifat neutral, ia tidak akan mendatangkan anda sebarang kebaikan kecuali sebagai hiasan sahaja.
Ada cara untuk mengetahui samada ia sesuatu benda itu mempunyai aura yang kuat atau tidak. Tetapi, saya rasa info tersebut adalah rahsia. Jadi, saya mintak maaf sebab tak dapat beritahu tentang hal tersebut.=)


Itu sahaja informasi untuk kali ini. Semoga ia memberi benefit kepada kehidupan anda dan lebih baik dari sebelumnya.Amin=)

No comments: