about me

Monday, 3 October 2011

Amende ni??

Fuh fuh fuhhhhhhhhhhhh...........uhuk uhukk

berhabuk blog ..banyak sawang..
nak pinjam vacuum leh?hehe..


Dengan Internet anda dapat menjana 
pendapatan dengan mudah jika tahu caranya
Assalam kepada semua blog readers..lamanya  lah tidak update kan?(Eleh..baru 2nd post. cakap macam da beratus ).Bukan apa, agak busy sedikit dengan hal di rumah.Banyak yang perlu difikirkan.Ini belom lagi keje dengan orang lain ni.Kalau da keja, tak tahu la macamana sibuknya.hehe.

Sekarang ni, bila je online, banyak meluangkan masa dengan mengkaji blog orang lain.Bagaimana mereka dapat menjana side income melalui channel di depan mata, iaitu internet. Jikalau dulu, banyak menghabiskan masa dengan sibuk facebooking. Sekarang ni, bila sudah dewasa dan makin matured (ehem ehem), kenelah berubah perangai dan nampak perlunya duit even aku membencinya.. 

Seperti yang kita mengatahuinye pon adoi, pendapatan terbahagi kepada dua, iaitu active dan passive. Pendapatan active seperti bekerja dengan orang lain ataupun menjadi bos, dan pendapatan passive ialah pendapatan yang ma$yuk duit walaupon anda berada dalam tandas 24jam dok termenung. Jikalau boleh, mereka yang bergantung kepada pendapatan active, perlu mencari peluang bagaimana hendak menjana passive income. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan currency dollar yang jatuh, ramai yang sudah buat lagi awal ,cuma aku saja yang baru tahu. (kesian..huhu)

Tapi!! menjana passive income tidaklah semudah yang disangka. sebenarnya tidak mustahil untuk menjana passive income, tapi banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum dapat menjana income seperti itu.
Pat lynn ialah seorang mentor saya dalam menjana income ini..bagi saya, jika hendak berjaya, maka ikutlah mereka yang sudah berjaya. Nak gagal senang je, ikut mereka yang gagal dan banyakkan lah membuat alasans ye. Follow saja mereka yang sudah berjaya, ia akan memudahkan cerita , masa dan usaha..Jikalau nak usaha dengan cara sendiri boleh, tapi smua tu memakan masa dan guna kaedah try and error. Tapi kenelah berpada-pada juga, sebab nanti katanya peniru dan tidak cretive pulak dalam berniaga.
Berbalik kepada cerite tadil, dalam laman web Pat Flynn "smartpassiveincome.com", dia ada menunjukkan cara bagaimana untuk menjana passive income ini dan dia tidak kedekut ilmu langsung untuk beritahu rahsia nya..Susah hendak mencari orang seperti nya , lagi2 di Malaysia ini..Di Malaysia, ilmu seperti ini dijual dan harga nya dalam beratus, tapi die memberitahu secara PERCUMA ( and i love free things in internet.hehe). To me, he is nice guy and that's become the reason why i love his website. Useful knowledge with zero cost.
"Jika hendak berjaya, maka ikutlah mereka yang sudah berjaya. Nak gagal senang je, ikut mereka yang gagal dan banyakkan lah membuat alasans ye"
Saya rasa, mungkin readers diluar sana lebih banyak tahu pasal passive income ini dan cabangnya. Apa yang saya tahu tentang passive income ni sedikit, tapi yang pasti, ia juga boleh memberi untung yang  sangat lumayan even dalam sebulan.Beruntung lah mereka yang tahu dan itu yang membuatkan saya sedih.huhu..(sebab tak tahu banyak..)

Mungkin para readers patut mencari passive income dari sekarang..Semoga berjaya.=D
Jikalau hendak share, memang dialu-alukan..semoga rezeki bertambah2 selepas ini.he3.

/
/
/
/
p/s: saya menulis dalam bahasa yang agak baku.sebab ini adalah nasihat sifu.ada kelebihan katanya.mintak maaf la jikalau nampak pelik saja bila membaca.Tengah belajar menulis tulisan baku balik.hehe.Insyallah, mungkin makin lama, makin bagus penulisan saya.



3 comments:

cik husna said...

hehehee...update lg.please.kuikuikui

kudou said...

hehe..nak saya update pasal apa eh?mungkin selepas ni nak update pasal link yang boleh jana income secare passive dan cara2 nya..
Insyallah..

Unknown said...

saya pun join bisnes online ni..mmg best..byk ilmu dapat..duit pun dapat..masyukk..