about me

Tuesday 4 October 2011

Siapakah dia??

Happy family and always be
Dilahirkan pada 4 Oktober 1960, Beliau merupakan seorang ibu kepada 6 orang cahaya mata.Seorang yang sangat tabah dan cekal berusaha walaupun banyak dugaan yang berlaku tahun demi tahun.Pada 11.03.2008, detik hitam berlaku dengan pemergian suaminya. Dari saat itu, dia bekerja seorang diri di rumah tanpa bantuan sesiapa. Dia tahu, tanggungjawab yang sebelum ini yang digalas oleh suaminya, kini sudah beralih tempatnya.Dengan keadaan anaknya yang lain sedang belajar di sekolah menengah mahupun menjadi pelajar di universiti, dia menyara hidup keluarga dengan bekerja di pasar malam enam hari seminggu bersama pekerja yang lain. 

Pengalaman status bertukar menjadi ibu tunggal menjadikan dirinya seorang yang sangat tabah dan cekal. Ibu tunggal ini amat gigih berusaha walaupun usia sudah mencecah lebih 50 tahun. Oleh sebab itu, ia menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak nya tentang perlunya usaha dalam setiap perkara walaupun perkara itu tidak sepenting kerja mencari duit.
"Jikalau dulu rumah berdindingkan kayu beratapkan zink berlubang, kini dinding bersimen atap nya berwarna merah. Lantai yang dulu berlubang, kini diganti dengan marmar yang indah hiasannya"
Beliau mengisi masa lapang nya dengan aktiviti rumah seperti menanam pokok bunga, membersihkan rumah dan keja rumah yang sewaktu dengannya. Jarang sekali untuk beliau dok termenung dan rehat menonton tv. Mungkin lahir sebagai anak warisan orang jawa, sifat kerajinan memang perlu ada disetiap orang jawa.


Alhamdulillah....dengan berkat usaha , kehidupan semakin lama semakin baik. Jikalau dulu rumah berdindingkan kayu beratapkan zink berlubang, kini dinding bersimen atap nya berwarna merah. Lantai yang lubang, kini diganti dengan marmar yang indah hiasannya. Perubahan dirasa dari semasa ke semasa, tapi tidaklah menjadikan kami insan yang pelupa.Insyallah.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun yang ke-51, semoga Allah senantiasa merahmatimu selalu Ibuku.Semoga makin panjang umur dan murah rezeki. Amin ya rab

Terima kasih mak..Diatas segalanya..



Akan cuba untuk tunaikan wish mak
-nak kereta myvi lagi best.(mana nak cari duit ni)
-nak buat umrah lagi sekali bersama anak-anak (or mungkin haji)


5 comments:

cik husna said...

selamat hr lahir tuk mak awak..smga di dlm lindungn Allah slalu :)

kudou said...

hehe..thanks.=)
Cube teka, mana saya?

shiqin ghazali said...

semoga sentiasa di murahkan rezeki..
semoga kamu semua berjaya jgk..
myvi lg best~ kaler pink~ hihi...

cik husna said...

awak yg pkai tie belah kiri.btol x?klu btol sila blnja cadbury :D

wasimah said...

tugas mak sudah bertukar menjadi ketua keluarga ketika abah jatuh sakit.. mmg dulu kita susah.. bilik tidur ada rumah ular tedung, mak ckp x da tmpat lain, setiap mlm tawakkal.. bila mak citer bailk citer2 mak yg dulu.. rasa sedih sgt.. betapa besarnyalah pengorbanan mak.. moga ALLAH memblas segala pengorbanan mak.. aamin..