Assalam. Semoga kalian sihat dan kaya selalu hendaknya. Kali ini saya cuba
untuk berkongsi informasi tentang sedekah yang saya rasa perlunya kepada
pengertian yang mendalam sedikit dan jikalau boleh anda suarakan pendapat anda tentang
keadaan yang akan tulis sebentar lagi.
Saya sebenarnya jenis yang suka melihat dan memerhati perangai manusia dan cuba
tuk tahu apa kebaikan/keburukan setiap kejadian yang berlaku. Itu memang habit
saya dari dulu lagi. Dan kali ini perhatian saya pada seorang akak yang pakai
baju kurung, agak kurus, mempunyai mata yang tegas dan bertudung separuh. Siapa
kah akak ni sebenarnya? Jeng jeng jeng..Yang penting, dia bukan awek saya.hehe
#kisah seorang akak
Selalu saya perhatikan, setiap rabu dan ahad, akak ni akan datang ke pasar
malam dan meminta sedekah atau derma ikhlas (bagi akak tu). Caranya dengan
menghulur sekeping kertas doa-doa harian yang diphotostate banyak kali dan
disebarkan kepada orang ramai. Orang yang terima pon kadang-kadang ada yang
memberi dan ada juga yang menolak. Selalunya yang memberi duit tu ialah orang
yang 1st time dapat kertas tu, dan yang menolak tu adalah orang yang
da dapat pada minggu-minggu sebelumnya. Dan of course, kalau mereka menolak
pon, mereka menolak dengan cara yang baik.
Yang paling baru saya dengar ada orang lain juga berkata “tiap-tiap minggu mintak” dengan nada merungut.(hmmmm...bak kata Malique 'kita kongsi warna mata ,tapi tidak warta hati'.).Dan sebenarnya, dia bukanlah wakil dari mana-mana pihak, kerna tidak pernah sekali pun dia keluarkan kertas yang mempunyai kebenaran bertulis untuk memohon derma dari orang ramai. Jadi, kita boleh kata yg sumbangan tersebut adalah untuk diri nya sendiri.
Yang paling baru saya dengar ada orang lain juga berkata “tiap-tiap minggu mintak” dengan nada merungut.(hmmmm...bak kata Malique 'kita kongsi warna mata ,tapi tidak warta hati'.).Dan sebenarnya, dia bukanlah wakil dari mana-mana pihak, kerna tidak pernah sekali pun dia keluarkan kertas yang mempunyai kebenaran bertulis untuk memohon derma dari orang ramai. Jadi, kita boleh kata yg sumbangan tersebut adalah untuk diri nya sendiri.
Kadang kala ada juga sifat kagum dalam diri saya dengan akak ni sebab dia
sangat bersungguh-sungguh memberi kertas tu kepada orang ramai. Tidak pernah
saya nampak dia duduk, rehat, minum , apatah lagi makan. Mungkin dia orang yang
susah, dan cara ini sahaja yang dia dapat fikirkan. Tapi bagi seorang yang
mempunyai fizikal yang lekap semua anggota tangan dan kaki, adakah memohon
derma itu adalah jalan terbaik? Apakah pendapat anda tentang hal ini?
#Astro OASIS channel 106
Jangan pelik ye , bile sub-head ni bertulis pasal astro. Maksud sebenar saya disini ialah saya pernah tonton satu cerita di OASIS dan tajuk cerita tu ada kaitan dengan sedekah juga. Cerita tu bertajuk “Pintu Taubat”. Ia tentang sekumpulan sendikit (haha..ni betul ke eja nya?) yang ala ustaz tapi memperdagangkan budak-budak dan menyuruh mereka untuk meminta sedekah. Budak-budak tu kena mintak sedekah dan kalau tak dapat minimum derma (example, at least RM50) , mereka akan dikurung dan tak diberi makan malam.
Tapi bukan cerita itu yang saya nak highlight kan, tapi sebenarnya dalam cerita tu juga, ia ada menyatakan tentang hukum sedekah ini. “memang
benar islam menyuruh orang ramai untuk memberi sedekah kerana ia digalakkan
dalam islam. Tapi islam tak mengajar pengikut nya untuk meminta sedekah”. Lebih
kurang camtu la apa yang dikata nya. Berbalik kepada cerita akak tadi, betul
jika anda kata sedekah itu bagus, tapi betulkan cara akak tersebut? hmmm
ada satu cerita berkaitan dengan keadaan ini :-
Ada satu kisah yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah r.a. dari hadis Rasulullah SAW… Ada seorang lelaki
yang berkeinginan untuk bersedekah. Maka pada satu malam dia keluar
untuk memberi sedekahnya. Dia berikan kepada seorang perempuan. Esoknya orang
ramai memperkatakan tentang seorang penzina yang telah diberi sedekah.
Lalu dia berdoa “Ya Allah, aku telah bersedekah, tp sedekahku sampai ke
tangan penzina. Aku akan beri sedekah lagi”.
Malam berikutnya beliau keluar
lagi untuk bersedekah dan diberi kepada seorang lelaki. Esoknya kecoh
yang seorang kaya telah diberi sedekah. Beliau berdoa lagi “Ya Allah,
aku telah bersedekah, tp sedekahku sampai ke tangan orang kaya. Aku akan beri sedekah lagi”.
Dia keluar lagi dan memberi
sedekahnya kepada seorang lelaki. Esoknya heboh pula tentang seorang
pencuri yang mendapat sedekah. Agak kecewa, lelaki ini berdoa lagi “Ya
Allah, sesungguhnya aku dah mengeluarkan sedekah, tapi sedekahku sampai ke tangan penzina, orang kaya dan pencuri..”. Kemudian beliau didatangi seseorang yang memberitahu “Sesungguhnya sedekahmu telah diterima. Mungkin perempuan zina itu berhenti dari berzina kerana sedekahmu. Orang
kaya itu pula mungkin dapat mengambil pengajaran dan mahu bersedekah
dengan harta yang telah dianugerahkan oleh Allah untuknya dan mungkin
juga pencuri itu akan berhenti dari mencuri kerana sedekahmu itu“.
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima |
#Sedekah je la
Part yang paling penting disini ketika
bersedekah ialah niat yang betul dan ikhlas. Pernah suatu ketika dulu, ada
ustazah pernah tegur. Time tu, ada la
seorang manusia ni sudah dua kali mintak derma dan orang tu lagi sekali mintak
derma time ustazah tu mengajar (di lain tempat). Apa yang ustazah tu pesan,
“kalau hendak derma, yang penting niat. Tak kisah la bape RM kita kasi”. Lebih
kurang camtu la katanya.Walaupun time tu masih ragu-ragu dengan orang tu,
adakah dia betul-betul dari badan kebajikan dan sebagainya.
Ada juga hadis nabi berkaitan niat yang betul.
Ia bermaksud ‘ sesungguhnya suatu perbuatan itu dimulakan dengan niat”.
Jikalau niat betul, betul lah perbuatan tu and vice versa. Untuk ini, ada hadis
yang menceritakan seorang manusia yang pada masa tu berhijrah bersama-sama nabi
ke Madinah, dan ketika tu juga ada seorang manusia yang ikuti Nabi tetapi bukan
kerana untuk berhijrah kerana Allah, akan tetapi untuk berkahwin dengan seorang
perempuan yang berada di Madinah. Dan atas lantaran itu, hijrah dia dinamakan
hijrah si fulan (nama perempuan yang dikahwini) dan tak dapat pon pahala dari
Allah. Maksudnya disini, jikalau dia buat sesuatu kerana perempuan, maka dia
akan dapat perempuan tersebut dan jika dia buat untuk tuhannya, maka dia dapat
rahmat dari tuhannya. Insyallah.
senyum tu sedekah juga |
Tapi perlu diingat juga, niat yang baik tak menghalal kan
cara nya. Contoh, Jikalau niat kita baik nak tolong keluarga, tapi tu tak
menghalalkan caranya orang tersebut tuk bekerja di kilang arak, jual dadah dan
sebagainya.
Itu saja perkongsian kali ini. Saya harapa kalau anda pendapat sendiri,
sila-sila la tinggalkan komen la ye. Salah betul takpe, yang penting ilmu
disebar-sebar kan. Mungkin saya dapat sesuatu yang baru dan mungkin anda juga.
Semoga anda makin sihat dan kaya.=)
Firman Allah “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah Maha Luas Kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui” (2:261)