about me

Wednesday, 12 October 2011

Tuesday, 4 October 2011

Siapakah dia??

Happy family and always be
Dilahirkan pada 4 Oktober 1960, Beliau merupakan seorang ibu kepada 6 orang cahaya mata.Seorang yang sangat tabah dan cekal berusaha walaupun banyak dugaan yang berlaku tahun demi tahun.Pada 11.03.2008, detik hitam berlaku dengan pemergian suaminya. Dari saat itu, dia bekerja seorang diri di rumah tanpa bantuan sesiapa. Dia tahu, tanggungjawab yang sebelum ini yang digalas oleh suaminya, kini sudah beralih tempatnya.Dengan keadaan anaknya yang lain sedang belajar di sekolah menengah mahupun menjadi pelajar di universiti, dia menyara hidup keluarga dengan bekerja di pasar malam enam hari seminggu bersama pekerja yang lain. 

Pengalaman status bertukar menjadi ibu tunggal menjadikan dirinya seorang yang sangat tabah dan cekal. Ibu tunggal ini amat gigih berusaha walaupun usia sudah mencecah lebih 50 tahun. Oleh sebab itu, ia menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak nya tentang perlunya usaha dalam setiap perkara walaupun perkara itu tidak sepenting kerja mencari duit.
"Jikalau dulu rumah berdindingkan kayu beratapkan zink berlubang, kini dinding bersimen atap nya berwarna merah. Lantai yang dulu berlubang, kini diganti dengan marmar yang indah hiasannya"
Beliau mengisi masa lapang nya dengan aktiviti rumah seperti menanam pokok bunga, membersihkan rumah dan keja rumah yang sewaktu dengannya. Jarang sekali untuk beliau dok termenung dan rehat menonton tv. Mungkin lahir sebagai anak warisan orang jawa, sifat kerajinan memang perlu ada disetiap orang jawa.


Alhamdulillah....dengan berkat usaha , kehidupan semakin lama semakin baik. Jikalau dulu rumah berdindingkan kayu beratapkan zink berlubang, kini dinding bersimen atap nya berwarna merah. Lantai yang lubang, kini diganti dengan marmar yang indah hiasannya. Perubahan dirasa dari semasa ke semasa, tapi tidaklah menjadikan kami insan yang pelupa.Insyallah.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun yang ke-51, semoga Allah senantiasa merahmatimu selalu Ibuku.Semoga makin panjang umur dan murah rezeki. Amin ya rab

Terima kasih mak..Diatas segalanya..



Akan cuba untuk tunaikan wish mak
-nak kereta myvi lagi best.(mana nak cari duit ni)
-nak buat umrah lagi sekali bersama anak-anak (or mungkin haji)


Monday, 3 October 2011

Amende ni??

Fuh fuh fuhhhhhhhhhhhh...........uhuk uhukk

berhabuk blog ..banyak sawang..
nak pinjam vacuum leh?hehe..


Dengan Internet anda dapat menjana 
pendapatan dengan mudah jika tahu caranya
Assalam kepada semua blog readers..lamanya  lah tidak update kan?(Eleh..baru 2nd post. cakap macam da beratus ).Bukan apa, agak busy sedikit dengan hal di rumah.Banyak yang perlu difikirkan.Ini belom lagi keje dengan orang lain ni.Kalau da keja, tak tahu la macamana sibuknya.hehe.

Sekarang ni, bila je online, banyak meluangkan masa dengan mengkaji blog orang lain.Bagaimana mereka dapat menjana side income melalui channel di depan mata, iaitu internet. Jikalau dulu, banyak menghabiskan masa dengan sibuk facebooking. Sekarang ni, bila sudah dewasa dan makin matured (ehem ehem), kenelah berubah perangai dan nampak perlunya duit even aku membencinya.. 

Seperti yang kita mengatahuinye pon adoi, pendapatan terbahagi kepada dua, iaitu active dan passive. Pendapatan active seperti bekerja dengan orang lain ataupun menjadi bos, dan pendapatan passive ialah pendapatan yang ma$yuk duit walaupon anda berada dalam tandas 24jam dok termenung. Jikalau boleh, mereka yang bergantung kepada pendapatan active, perlu mencari peluang bagaimana hendak menjana passive income. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan currency dollar yang jatuh, ramai yang sudah buat lagi awal ,cuma aku saja yang baru tahu. (kesian..huhu)

Tapi!! menjana passive income tidaklah semudah yang disangka. sebenarnya tidak mustahil untuk menjana passive income, tapi banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum dapat menjana income seperti itu.
Pat lynn ialah seorang mentor saya dalam menjana income ini..bagi saya, jika hendak berjaya, maka ikutlah mereka yang sudah berjaya. Nak gagal senang je, ikut mereka yang gagal dan banyakkan lah membuat alasans ye. Follow saja mereka yang sudah berjaya, ia akan memudahkan cerita , masa dan usaha..Jikalau nak usaha dengan cara sendiri boleh, tapi smua tu memakan masa dan guna kaedah try and error. Tapi kenelah berpada-pada juga, sebab nanti katanya peniru dan tidak cretive pulak dalam berniaga.
Berbalik kepada cerite tadil, dalam laman web Pat Flynn "smartpassiveincome.com", dia ada menunjukkan cara bagaimana untuk menjana passive income ini dan dia tidak kedekut ilmu langsung untuk beritahu rahsia nya..Susah hendak mencari orang seperti nya , lagi2 di Malaysia ini..Di Malaysia, ilmu seperti ini dijual dan harga nya dalam beratus, tapi die memberitahu secara PERCUMA ( and i love free things in internet.hehe). To me, he is nice guy and that's become the reason why i love his website. Useful knowledge with zero cost.
"Jika hendak berjaya, maka ikutlah mereka yang sudah berjaya. Nak gagal senang je, ikut mereka yang gagal dan banyakkan lah membuat alasans ye"
Saya rasa, mungkin readers diluar sana lebih banyak tahu pasal passive income ini dan cabangnya. Apa yang saya tahu tentang passive income ni sedikit, tapi yang pasti, ia juga boleh memberi untung yang  sangat lumayan even dalam sebulan.Beruntung lah mereka yang tahu dan itu yang membuatkan saya sedih.huhu..(sebab tak tahu banyak..)

Mungkin para readers patut mencari passive income dari sekarang..Semoga berjaya.=D
Jikalau hendak share, memang dialu-alukan..semoga rezeki bertambah2 selepas ini.he3.

/
/
/
/
p/s: saya menulis dalam bahasa yang agak baku.sebab ini adalah nasihat sifu.ada kelebihan katanya.mintak maaf la jikalau nampak pelik saja bila membaca.Tengah belajar menulis tulisan baku balik.hehe.Insyallah, mungkin makin lama, makin bagus penulisan saya.



Sunday, 28 August 2011

Ramadhan


Assalam kepada smua,

Hari ini hari isnin, 29th august 2011, sehari sebelum smua umat islam menyambut Bulan Syawal and this is my 1st ever BLOG story. Kadang2 tak tahu nak cite sal apa..habisss, nape aku blogging lau xde cite? hm , 1 reason ialah aku mula lihat blog2 skrg ni ada banyak info yg menarik psl kehidupan keharian bloggers la, pasal internet , computer software, business dan etc..Pendek kate, ada la manfaat nya, ye x?dari wat bende yg agak lagha (sprti men DOTA mungkin--feveret ni), bole la cari bende len  untuk dibace selen naruto dan bleach manga.

Tarikh lahir blog sepatut nya akhir bulan 7, tp disebabkan kekangan waktu (ayat x leh blah) bekerja di bazar ramadhn dan pasar malam, x dapek pakcik nk menulisnya..kesian blog ni..

ok, seperti tajuk diatas, pakcik nk tulis psl ramadhan..(sbb mula meleter cm org tua--only stereotype k)
sepanjang bulan mulia ni, dan pengalaman bekerja di pasar malam ( My family meniaga satay dan ayam percik) , ada la beberapa perkara yg pakcik x puas hati..bukannya apa, pakcik ni manusia.. ada mata, ada hati, ada akal, x diguna baik g mati....(agak kasar disitu). citenye cenggini..


kisah 1: peniaga bazar ramadhan
--ada la depan gerai pakcik ni..setiap hari keje nye membising je..cam orang x pua_ _...(sila la memahami)..kadang pakcik heran gak, nape la diaorg ni..baru sampai je, terus membising..bukannya terus g pasang khemah dulu ke, g bukak meja ke.(x leh cite lebih2, kang kurang pahala puasa aku, so same je pakcik ngan diaorg)..

ada gak peniaga len, datang je tempat bazar, g beli air or makanan, n then terus minum@makan kt tempat2 yg baik punya port (dalam kete or lori)..terbeliak mata pakcik melihatnya..n then kita pandang, dia balas pandangan tu, cam kita lak yg bersalah..adoi, sebagai umat islam, kene la jaga peribadi dan tunjuk kan akhlak yg baik ( qudwah hasanah)..umur dia da la mengalah kan pakcik..camne la nanti lau die jadi ketua keluarga???camne die nk membimbing??soalan yg dia sendiri patut jawab..
mungkin diaorg x tahan dengan cuaca yg terik dan kene bakar ayam lagi..famili kitoarg ok je, sbb kitaorg beli ais dan mandi dengan air ais (basah2 kan cmtu je), leh la tahan smpai ke mghrib..ak risau, sbb aku tgk sorang buat, yg lain ramai yg terikut2 nk wat..tepuk dahi aku diwat nya..
aku harap aku nampak kt cnie je la..x nampak kt tempat len...korang kn baik2 org nya...=)

kisah 2: pembeli bazar ramadhan

--ha, ni yg tegur ni.dalam bulan puasa ni, sila la menjaga pakaian especially wedok (mksd perempuan dlm jawa).aku tengok ramai yg pakai legging la,pakai ketat la..da diaorg customer pakcik, mmg la pakcik pasan kn..bukan apa, sebab kita dalam bulan ramadhan ni nak tambah kn pahala, dan bukannya dosa..kesian kt para laki sbb laki memikul tanggungjawab ke atas diaorg..perempuan seperti isteri , adik, akak  dan ibu adalah golongan yg boleh menarik laki dari memasuki syurga..dan kesian juga pada org yg melihat..kesian kn??kesian kesian kesian..mgkin suami x pasan, if kita bagi isteri kita pakai seksi cenggitu, org panggil dia suami dayus..mesti x suka dilabel cmnie..yg laki tu ( termasuk pakcik), sila la berpesan2 sesama kita.

ada juga yg "bagus"..bapanya cantik berpakaian putih, berkupiah dan berbaju cm org arab tu. Alhamdulillah, sejuk je mata memandang..tetapi bila melihat anak nya, nauzubillah...dasyatnyee lahh..rambut bercolor, dan bnde2 haram untuk disebut.aku terpinga2 bila lihat, mana silapnya dan apa sebab nya cmtu leh happen??sikap kita sendiri yg wat kn agama tu seperti sistem biasa dalam dunia ni..yg leh dipertikai dan diubah begitu sahaja..bukan apa, aku penah lihat comment sorang murtad di laman web Facebook, dan diaorg pertikai kan tentang perangai umat islam tu..memang la sedih, tp apa yg mampu hanya lah doa..dan sekarang, perbuatan sprti menulis blog.

rasanya ada la gak bende len nk dikata seperti parking dan makanan time buka pose, tapi rasa nya tu pon da memadai as beginner..
segala salah silap sepanjang menulis diatas haraplah dimaafi..yg baik tu datang nya dari Allah, yg buruk adalah dari kesilapan saya sendiri..
.
.
last skli, wish korang selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin..